Sunday 30 March 2014

Proses pengimunan bagi kanak-kanak dan bayi baru lahir 2.0 Tujuan.

Imunisasi adalah satu cara yang paling berkesan dalam mengawal penyakit-penyakit berjangkit seperti difteria, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), polio, tibi, hepatitis B, measles, mumps, rubella dan jangkitan meningitis Haemophilus influenzae type b. Imunisasi merupakan satu proses pembentukan imuniti atau perlindungan kepada individu melalui penggunaan vaksin. 

Imunisasi memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana dapat membantu mengelakkan diri  daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang serius yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian. Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal.   Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.  Imunisasi juga dapat mengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahli keluarga. 

Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak penyakit berjangkit. Imunisasi juga dapat mengurangkan atau membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal tetanus dan difteria. Imunisasi merupakan satu-satunya intervensi kesihatan yang kos-efektif.  


Bayi baru lahir dan kanak-kanak perlu diberi imunisasi untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi. Penyakit- penyakit ini boleh mengakibatkan komplikasi teruk dan membawa maut.   

No comments:

Post a Comment