Sunday 30 March 2014

Proses pengimunan bagi kanak-kanak dan bayi baru lahir 1.0 Pengenalan.

Pengimunan ialah proses memperoleh keimunan dengan cara buatan bagi melindungi seseorang daripada dijangkiti penyakit tertentu. Suntikan serum yang mengandungi antibodi perlu diberi dari semasa ke semasa untuk membantu pesakit melawan sejenis penyakit.

Pengimunan atau dalam Bahasa Inggerisnya ‘immunisation’ adalah satu proses di mana seseorang itu dilindungkan atau dilalikan dari sesuatu penyakit berjangkit. Ini biasa dilakukan dengan cara menyuntik kuman yang sama (yang diproses) kepada seseorang itu. Ada kalanya kuman itu diberikan dengan cara dimakan seperti pelalian polio. Pengimunan dapat membentuk ketahanan tubuh badan seseorang untuk mengelakkan penyakit. Jika dia menghidap penyakit itu, kesannya tidaklah sebegitu berat.

Penyakit berjangkit adalah penyebab utama berlakunya kecacatan dan kematian dalam kalangan kanak-kanak. Imunisasi adalah cara yang efektif dalam mencegah dan mengurangkan penyakit ini.  Semua kanak-kanak berhak mendapat imunisasi yang lengkap. Oleh  itu, adalah penting untuk anggota kesihatan melengkapkan diri dengan pengetahuan terbaru mengenai perkembangan tentang imunisasi. 

Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) telah memulakan program imunisasi bagi mencegah 6 penyakit utama iaitu: 
• Tuberculosis (TB)
 • Difteria
 • Pertussis
 • Tetanus
 • Polio
 • Measles 

Pada tahun 1988, KKM telah memperkenalkan imunisasi Rubella untuk remaja perempuan di Tingkatan 3 (berumur 15 tahun).  Walau bagaimanapun, tahap umur imunisasi ini telah dipercepatkan ke Tahun 6 (berumur 12 tahun).  Pada tahun 1989, program imunisasi Hepatitis B diperkenalkan untuk bayi yang baru lahir.

     Imunisasi adalah satu cara melindungi kanak-kanak daripada beberapa penyakit tertentu secara mudah, selamat dan berkesan. Ini dilakukan melalui pemberian vaksin bagi pembentukan antibodi untuk membina daya ketahanan badan. Vaksin adalah  virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan dan diberikan secara suntikan atau melalui mulut.

Imuniti (daya tahan) boleh diperolehi melalui 2 cara :
Aktif - Antibodi diperolehi hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan.

Pasif - Antibodi diperolehi melalui imunisasi   

No comments:

Post a Comment