Sunday 30 March 2014

Proses pengimunan bagi kanak-kanak dan bayi baru lahir 5.0 Bilangan suntikan yang perlu diambil untuk mendapatkan keberkesanan dalam pencegahan.

Tibi (Tuberculosis)
           Vaksin Tibi (Tuberculosis) ditawarkan semasa bayi baru lahir.



Hepatitis B 
Vaksin hepatitis B ditawarkan pada usia bayi baru lahir, satu bulan dan enam bulan selepas kelahiran bayi.



Difteria 
Difteria lebih mengakibatkan kerongkong. Ianya disebarkan melalui titik-titik dari hidung atau mulut dan, jika komplikasi berlaku, boleh menyebabkan masalah pernafasan, kecederaan kepada jantung dan sistem saraf, dan kemungkinan maut. Tempoh inkubasi ialah antara dua hingga enam hari. 

Bayi-bayi ditawarkan vaksin ini pada usia:
·         Lapan minggu
·         12 minggu
·         20 minggu

Vaksin ini diberikan melalui suntikan yang juga mengandungi vasin-vaksin tetanus,
batuk kokol, polio dan Hib.

Vaksin ini akan diberikaan semula pada usia:
·         18 bulan
·         Sebelum memulakan sekolah
·         Usia 12 tahun



Pertussis (Batuk Kokol) 

Penyakit yang senang menjangkit ini dipindahkan melalui titik-titik air dari hidung atau mulut. Tempoh inkubasi ialah antara tujuh hingga 10 hari. Ianya bermula dengan cara yang sama seperti selesema, tetapi apabila ianya maju, spasma batuk menjadi semakin teruk. Bunyi "mencungap-cungap" batuk itu berlaku apabila pesakit menarik nafas antara episod batuk. Simptom-simptom yang tidak menyenangkan ini boleh berlanjutan untuk beberapa minggu. 

Kes-kes yang teruk boleh menjadi lebih rumit dengan adanya pneumonia, muntah-muntah dan turun berat badan, dan, lebih jarang lagi, cedera otak dan kematian. Bayi muda paling berisiko. 

Bayi ditawarkan vaksin pada usia:
·         Lapan minggu
·         12 minggu
·         20 minggu

Vaksin diberi dengan suntikan, yang juga mengandungi imunisasi bagi difteria, tetanus, polio dan imunisasi Hib. Vaksin juga diberi di usia:
·         18 bulan
·         dalam suntikan penggalak prasekolah
·         12 tahun



Tetanus (Kancing Gigi)   
Simptom-simptom tetanus (kadangkala dikenali sebagai kancing dagu) ialah  spasma- spasma kontraksi otot yang sangat sakit. Penyakit ini boleh membawa maut. Tetanus mempunyai tempoh inkubasi antara empat hingga 21 hari. Organisma yang menyebabkannya boleh didapati dalam tanah dari mana luka-luka yang kotor boleh mendapat infeksi. Ia juga boleh dijangkiti melalui gigitan haiwan. Pekerja ladang dan tukang kebun mudah dijangkiti. 

Anak anda akan ditawarkan imunisasi ini sebanyak enam  kali. Vaksin ini diberikan pada usia:
·         Lapan minggu
·         12 minggu
·         20 minggu

Ia juga diberikan  dalam  suntikan yang juga mengandungi vaksin-vaksin difteria, batuk kokol, polio dan Hib. Vaksin ini kemudian diberikan sekali lagi pada:
·         Usia 18 bulan
·         Usia antara empat dan enam tahun
·         semasa usia 12 tahun



Polio (Poliomyelitis)  
 Virus polio menyerang tisu saraf dalam otak dan spina korda, dan kadangkala menyebabkan lumpuh. Ianya sering ditemui di negara-negara membangun, tetapi jarang sekali di Malaysia. Ianya dipindahkan melalui sentuhan dengan najis, mukus atau air liur orang yang menghidapnya. Tempoh inkubasi berbeza iaitu antara tiga hingga 21 hari. 

Vaksin polio dimasukkan juga dalam suntikan DTaP/IPV/Hib, yang juga mengandungi vaksin-vaksin difteria, tetanus, Hib dan batuk kokol. Ianya diberi kepada bayi pada usia:
·         lapan minggu
·         12 minggu
·         20 minggu

Vaksin ini diberikan sekali lagi pada:
·         18 bulan
·         dalam suntikan penggalak prasekolah
·         12 tahun



Penyakit Hib 
Organisma Hib menyebabkan simptom-simptom yang menyerupai influenza seperti sakit tekak, infeksi dada, dan infeksi telinga. Tetapi komplikasi-komplikasi, seperti meningitis atau tekak tersumbat (epiglotitis) boleh diperolehi, dan vaksin tersebut diperkenalkan atas sebab ini. 

Bayi-bayi ditawarkan vaksin ini pada usia:
·         Lapan minggu
·         12 minggu
·         20 minggu

Vaksin ini diberikan melalui suntikan. Suntikan-suntikan ini juga mengandungi vaksin-vaksin difteria, tetanus, polio dan batuk kokol. Ianya diberikan semula pada usia 18 bulan.



Measles (Campak) 
Campak dahulunya adalah penyakit kanak-kanak yang paling meluas. Ia amat senang dijangkiti, mempunyai tempoh inkubasi selama 10 hari dan infeksi berlaku melalui titik-titik dari mulut atau hidung. Ia mungkin bermula sebagai selesema yang teruk dengan kadar yang tinggi dan demam. Ruam akan timbul selepas dua hari. 

Komplikasi adalah perkara biasa dan melibatkan bronkitis, bronkiolitis, infeksi telinga dan krup. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, komplikasi serius mengakibatkan sistem saraf, seperti ensefalitis. 

Kanak-kanak ditawarkan vaksin campak di sekitar usia 12 bulan. Ia diberi melalui suntikan dikenali sebagai MMR, yang juga mengandungi vaksin-vaksin beguk dan rubela. Suntikan penggalak prasekolah juga diberikan antara usia enam dan tujuh tahun. 



Beguk (Mumps) 
Beguk ialah satu penyakit virus yang boleh menyebabkan bengkak besar di sekitar pipi dan leher. Tempoh inkubasi ialah antara 14 hingga 21 hari. Komplikasi termasuk meningitis, pekak, ensefalitis dan radang testis (buah zakar) bagi kanak-kanak lelaki, penyakit ini boleh menjejaskan kesuburan secara kekal. 

Kanak-kanak ditawarkan vaksin beguk sekitar 12 bulan. Ianya diberikan melalui suntikan yang bergelar MMR, yang juga mengandungi vaksin-vaksin campak dan rubela. Suntikan penggalak prasekolah juga diberikan. 



Rubella
      Rubela adalah pada umumnya penyakit yang ringan dalam kanak-kanak menyebabkan demam, ruam dan bengkak kelenjar. Ia mempunyai tempoh inkubasi antara 14 hingga 21 hari dan komplikasi bagi kanak-kanak itu jarang berlaku. Walau bagaimanapun, jika seorang wanita dijangkiti rubela semasa hamil antara lapan hingga 10 minggu, kesan ke atas bayinya yang belum lahir itu boleh menjadi betul-betul serius: bayi boleh dilahirkan cacat pendengaran, cacat penglihatan, masalah jantung atau kerosakan otak.

      Kanak-kanak ditawarkan vaksin rubela di usia 12 bulan. Ia diberi sebagai sebahagian vaksin MMR, yang juga mengandungi vaksin beguk dan campak. Suntikan penggalak prasekolah juga diberikan. 



Papilomavirus manusia (HPV)
      Jadual pemberian imunisasi HPV bergantung kepada jenis vaksin yang akan digunakan. Imunisasi ini boleh diberikan kepada pesakit sejak usianya 10 tahun. Jika vaksin HPV bivalen digunakan maka sejumlah tiga dos akan diberikan kepada pesakit. Dos kedua diberikan sebulan selepas dos pertama, sementara dos ketiga diberikan lima bulan kemudian. Vaksin HPV tetravalen juga diberikan sebanyak tiga dos.  Dos kedua diberikan dua bulan selepas dos pertama dan dos ketiga pula diberikan empat bulan kemudian.

 

No comments:

Post a Comment