Tuesday 26 November 2013

Kerja kursus tugasan harian pendidikan moral SPM 2014 (contoh soalan)

Soalan tugasan harian tingkatan 4 :

1. Kita sering didedahkan dengan perbuatan  sumbang seperti salah laku seks, pelacuran, rogol, pergaulan bebas serta budaya lepak dalam kalangan masyarakat kita. Apa yang menyedihkan, salah laku seupama ini melibatkan golangan remaja yang masih dibangku sekolah. Pada pandangan anda, bagaimanakah golongan remaja dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah seumpama ini? 

2. Mengapakah jasa ibu bapa perlu dihargai?

 3. “Demi kemajuan, alam sekitar perlu dikorbankan”Setujukah anda dengan penyataan ini? Bincangkan.

 4. Bincangkan sebab-sebab murid sekolah perlu mematuhi peraturan.


 Soalan tugasan harian tingkatan 5 :

 1.      Pembuangan bahan-bahan sisa pertanian akan mencetuskan masalah alam sekitar sekiranya tidak diurus dengan baik. Bincangkan bagaimana bahan sisa pertanian boleh ditebus guna untuk mengelakkan masalah alam sekitar.

 2.      Terdapat beberapa anggota mesyarakat yang mengambil keputusan untuk menempatkan ibu bapa mereka di rumah orang-orang tua.


3.      Kepelbagaian agama dan kepercayaan, tradradisi dan adat resam serta bahasa bukan penghalang kepada keharmonian dalam masyarakat. Bicangkan kenyataan tersebut berdasarkan contoh yang sesuai.

 4.      Perkahwinan adalah sekali seumur hidup. Itulah kata punjangga. Wajarkah majlis perkahwinan disambut secara sederhana atau secara besar-besaran?