Wednesday 8 January 2014

PEKA Biologi tingkatan 5 bab 1 (Mengkaji hubungan antara saiz permukaan dengan nisbah jumlah luas permukaan per isi padu (JLP/I).)

Nama                           :-
Kelas                           :-
No. IC                         :-
Tarikh                          :-

Tujuan                      : Mengkaji hubungan antara saiz permukaan dengan nisbah jumlah luas permukaan per isi padu (JLP/I).

Pernyataan masalah     : Adakah saiz sesuatu objek mempengaruhi nisbah jumlah luas permukaan per isi padu (JLP/I).

Hipotesis                     : Semakin besar saiz sesuatu objek, semakin kecil nisbah jumlah luas permukaan per isi padu (JLP/I).

Pemboleh ubah            :-
                                    Dimanipulasikan         : Saiz bongkah.
                                    Bergerak balas             : Jumlah luas permukaan per isi padu bongkah.
                                    Dimalarkan                  : Jenis bongkah.

Bahan dan radas         : Bongkah kubus pelbagai saiz dan pembaris.

Prosedur                      :-

1.      Ukur panjang sisi setiap kubus yang disediakan.
2.      Rekodkan ukuran di dalam jadual yang disediakan.
3.      Hitung jumlah luas permukaan, isi padu, dan JLP/I bagi setiap kubus.
4.      Bandingkan nilai JLP/I dengan saiz kubus.

Keputusan                   :-
Kubus
Panjang sisi (cm)
Jumlah luas permukaan (cm2)
Isi padu (cm3)
JLP/I (cm-1)
P
4.3



Q
6



R
7




Perbicangan                 :-
1.      Nyatakan kubus yang mempunyai jumlah luas permukaan yang paling kecil dan yang paling besar.
-Kubus P mempunyai jumlah luas permukaan yang paling kecil, manakala Kubus R mempunyai jumlah luas permukaan yang paling besar.

2.      Apakah hubungan antara saiz dengan JLP/I?
- Semakin besar saiz sesuatu objek, semakin kecil nisbah jumlah luas permukaan per isi padu (JLP/I).

3.      Andaikan kubus kecil mewakili organisma unisel manakala kubus besar mewakili organisma multisel kompleks. Mengapakah JLP/I bagi organisma unisel lebih tinggi daripada organisma multisel kompleks? Bincangkan.
--JLP/I bagi organisma unisel lebih tinggi kerana sememangnya saiz organisma unisel seperti Ameoba, Paramecium dan lain-lain lebih kecil daripada organisma multisel kompleks seperti manusia.

4.      Apakah kesan JLP/I kepada proses respirasi, perkumuhan dan kehilangan haba daripada badan organisma?
- Nisbah jumlah luas permukaan per isi padu (JLP/I) yang semakin besar akan
mempercepatkan proses respirasi, perkumuhan dan kehilangan haba daripada badan
organisma.

5.      Bagaimana organisma yang mempunyai JLP/I yang kecil mengatasi masalah respirasi dan perkumuhan?
-Organisma yang mempunyai JlP/I yang kecil mengatasi masalah respirasi dan perkumuhan dengan mempunyai sistem pengangkutan yang khusus dan cekap.

Kesimpulan                 : Hipotesis diterima. Semakin besar saiz sesuatu objek, semakin kecil nisbah jumlah luas permukaan per isi padu (JLP/I).


7 comments: